27 Oktober 2009

Pot Luck dan Majlis Izajah

27 Oktober 2009 0
Alhamdu lillah, pada 17 Oktober yang lepas, satu majlis makan2 berkonsepkan pot luck telah pun diadakan di Rumah Persatuan Seksyen 4 Shah Alam. (Maaf, lambat update!)

Majlis anjuran ahli rumah dengan kerjasama semua ini berjalan lancar dan jayanya dengan penyertaan ahli, juga beberapa orang jiran sekitar rumah persatuan. Credit to Kudap,Peyus, Jas, Munir dan Wandi selaku ahli rumah dan organizer. Juga kepada Abg. Zul, Mizi dan kawan-kawan lain yang turut menyumbang makanan, tenaga, RM dsb..

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan di masa akan-akan datang!






untuk lebih banyak gambar klik Facebook CekakHanafi UiTM Shah Alam
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, pada 23 Oktober pula, satu majlis ijazah tamat telah diadakan juga di Rumah Persatuan Seksyen 4. Seramai 22 orang ahli (13 UiTM S.Alam, 9 UiTM Puncak Perdana) telah diijazahkan oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi bin Haji Hanafi.
Kedatangan YM Tuan Guru ke Seksyen 4 setelah hampir setahun memberikan semangat kepada semua bagi menerus dan memantapkan lagi perjuangan di bumi Shah Alam. Menjunjung kasih YM Tuan Guru di atas kesudian beliau untuk menyempurnakan majlis di RP Seksyen 4.
Juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan, semoga banyak lagi majlis dan program Persatuan yang boleh dianjur dan dijayakan, Insya Allah.

06 Oktober 2009

Open House!

06 Oktober 2009 0
Salam Tuan-tuan,

Jemputan rumah terbuka Yang Mulia Tuan Guru Haji Mohd Radzi Haji Hanafi Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan diadakan pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) bersamaan 21 Syawal 1430 H jam 1.00 tengahari hingga 5.00 petang di alamat berikut:

Lot 8432
Jalan H1
Taman Melawati
Ulu Klang, Kuala Lumpur

Tuan-tuan yang ingin membawa hidangan tambahan adalah dialu-alukan.
Pakaian : Casual

Mari kita bersama-sama memeriahkan!

17 September 2009

Ucapan Raya Dari Shafiq Azwan

17 September 2009 0

Tidaklah Hamba Lahir Bijak Berpantun,
Tidaklah Pula Dikurnia Bakat Bermadah,
Terkadang Terkurang Adab Sopan dan Santun,
Terkadang Tekhilaf Tersilap dan Tersalah,
Ribuan Kemaafan Hamba Memohon Ampun,
Hamba Insan Serba Kurang dan Lemah.

04 September 2009

Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Nuzul Quran dan Pembayaran Zakat Fitrah

04 September 2009 1
Bertempat di Rumah Persatuan Taman Melawati, Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa, sambutan Nuzul Quran dan pembayaran zakat fitrah akan dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Ibupejabat pada :

7 September 2009 / Isnin
6.30 petang
bayaran : RM5
pakaian : baju Melayu / kurung lengkap

berminat sila beri nama pada saya. sesiapa yang dah beri nama pada Azie / ajk CHUiTM, tak perlu beri nama pada saya lagi.
konvoi akan gerak dari rumah persatuan sekyen 4 jam 6 ptg.


pada hari ahad ( 6 september 2009) jam 2 petang pula akan diadakan gotong royong di rumah persatuan KL sebagai persediaan utk majlis 7hb.
sesiapa yang berkelapangan diminta hadir beramai-ramai.

RAZLAN AB RAZAK

22 Ogos 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

22 Ogos 2009 0

Ramadhan - Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sekali kagi dipertemukan dengan bulan mulia, Al- Mubaraq. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini memberikan erti buat kita semua.
Dalam Ramadhan ini juga terdapat malam penuh kerahmatan, malam 1000 bulan yang kita tidak tahu bila. Tetapi menurut para ustaz di radio mahupun di t.v, jika kita sapu semua malam sepanjang Ramadhan atau 10 malam terakhir, pasti akan terkena malam tersebut. Persoalannya, mampukah kita? Semoga Dia mempermudahkan kita untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepada-Nya. Amin.
Sama-sama juga kita berdoa agar kita berjaya menghadapi musuh no 1 diri kita yang bebas tidak terbelengu seperti musuh no 2 kita. Yang mana musuh no 1 ini sebenarnya lagi susah untuk dihadapi. Semoga kita berjaya sepanjang bulan Ramadhan ini dan seterus-terusnya...

17 Ogos 2009

Tahniah!

17 Ogos 2009 0

Tahniah diucapkan kepada Kontijen Wajadiri UiTM Shah Alam di atas kemenangan dalam Pertandingan Wajadiri Kebangsaan Peringkat IPT & Sekolah yang berlangsung pada 15 Ogos 2008 di Biro Wanita, Kuching, Sarawak.

Pasukan UiTM Shah Alam yang pergi tanpa sebarang peruntukan dari HEP berjaya membuktikan semangat kental, usaha serta doa dan berkat Guru mengatasi segalanya dengan merangkul Johan Keseluruhan IPT Lelaki yang tidak pernah kita menangi sejak SCH ITM ditukar ke SCH UiTM. Walaupun kita tidak menang Johan Keseluruhan kategori IPT Wanita, kita masih berjaya mendapat 5 pingat dari 7 kategori yang dipertandingkan. Lagipun kita baru sahaja memenanginya tahun lepas di Skudai, tahun ini rezeki saudara kita dari Shah Alam pula.

13 Ogos 2009

Selamat Maju Jaya

13 Ogos 2009 0
Tinggal berapa jam sahaja lagi sebelum Karnival Wajadiri Sarawak 2009 datang menyapa kita. Diharapkan semua pihak yang terlibat telah bersiap sedia menghadapi karnival yang julung-julung kalinya diadakan di Bumi Kenyalang ini..

Kepada Peserta dari UiTM S.Alam, lakukanlah yang terbaik, seiring dengan latihan yang diadakan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan ini. Semoga semangat anda terus membara bukan setakat Karnival Wajadiri ini, malah sampai bila-bila, insya Allah..Selamat Maju Jaya diucapkan, penyertaan anda telah menjadikan satu kemenangan milik kita. Jika ada kategori yang akan dimenangi kelak, itu merupakan bonus buat anda.

Semoga Karnival Wajadiri Sarawak 2009 akan menjadi salah satu dari memori indah buat kita semua, amin. Jumpa di Kuching!
 
Suara ACUM. Rekabentuk Oleh Suara ACUM Mod