27 Oktober 2009

Pot Luck dan Majlis Izajah

27 Oktober 2009 0
Alhamdu lillah, pada 17 Oktober yang lepas, satu majlis makan2 berkonsepkan pot luck telah pun diadakan di Rumah Persatuan Seksyen 4 Shah Alam. (Maaf, lambat update!)

Majlis anjuran ahli rumah dengan kerjasama semua ini berjalan lancar dan jayanya dengan penyertaan ahli, juga beberapa orang jiran sekitar rumah persatuan. Credit to Kudap,Peyus, Jas, Munir dan Wandi selaku ahli rumah dan organizer. Juga kepada Abg. Zul, Mizi dan kawan-kawan lain yang turut menyumbang makanan, tenaga, RM dsb..

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan di masa akan-akan datang!






untuk lebih banyak gambar klik Facebook CekakHanafi UiTM Shah Alam
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, pada 23 Oktober pula, satu majlis ijazah tamat telah diadakan juga di Rumah Persatuan Seksyen 4. Seramai 22 orang ahli (13 UiTM S.Alam, 9 UiTM Puncak Perdana) telah diijazahkan oleh Yang Mulia Tuan Guru Haji Md Radzi bin Haji Hanafi.
Kedatangan YM Tuan Guru ke Seksyen 4 setelah hampir setahun memberikan semangat kepada semua bagi menerus dan memantapkan lagi perjuangan di bumi Shah Alam. Menjunjung kasih YM Tuan Guru di atas kesudian beliau untuk menyempurnakan majlis di RP Seksyen 4.
Juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan, semoga banyak lagi majlis dan program Persatuan yang boleh dianjur dan dijayakan, Insya Allah.

06 Oktober 2009

Open House!

06 Oktober 2009 0
Salam Tuan-tuan,

Jemputan rumah terbuka Yang Mulia Tuan Guru Haji Mohd Radzi Haji Hanafi Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia akan diadakan pada 10 Oktober 2009 (Sabtu) bersamaan 21 Syawal 1430 H jam 1.00 tengahari hingga 5.00 petang di alamat berikut:

Lot 8432
Jalan H1
Taman Melawati
Ulu Klang, Kuala Lumpur

Tuan-tuan yang ingin membawa hidangan tambahan adalah dialu-alukan.
Pakaian : Casual

Mari kita bersama-sama memeriahkan!

17 September 2009

Ucapan Raya Dari Shafiq Azwan

17 September 2009 0

Tidaklah Hamba Lahir Bijak Berpantun,
Tidaklah Pula Dikurnia Bakat Bermadah,
Terkadang Terkurang Adab Sopan dan Santun,
Terkadang Tekhilaf Tersilap dan Tersalah,
Ribuan Kemaafan Hamba Memohon Ampun,
Hamba Insan Serba Kurang dan Lemah.

04 September 2009

Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Nuzul Quran dan Pembayaran Zakat Fitrah

04 September 2009 1
Bertempat di Rumah Persatuan Taman Melawati, Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa, sambutan Nuzul Quran dan pembayaran zakat fitrah akan dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Ibupejabat pada :

7 September 2009 / Isnin
6.30 petang
bayaran : RM5
pakaian : baju Melayu / kurung lengkap

berminat sila beri nama pada saya. sesiapa yang dah beri nama pada Azie / ajk CHUiTM, tak perlu beri nama pada saya lagi.
konvoi akan gerak dari rumah persatuan sekyen 4 jam 6 ptg.


pada hari ahad ( 6 september 2009) jam 2 petang pula akan diadakan gotong royong di rumah persatuan KL sebagai persediaan utk majlis 7hb.
sesiapa yang berkelapangan diminta hadir beramai-ramai.

RAZLAN AB RAZAK

22 Ogos 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

22 Ogos 2009 0

Ramadhan - Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sekali kagi dipertemukan dengan bulan mulia, Al- Mubaraq. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini memberikan erti buat kita semua.
Dalam Ramadhan ini juga terdapat malam penuh kerahmatan, malam 1000 bulan yang kita tidak tahu bila. Tetapi menurut para ustaz di radio mahupun di t.v, jika kita sapu semua malam sepanjang Ramadhan atau 10 malam terakhir, pasti akan terkena malam tersebut. Persoalannya, mampukah kita? Semoga Dia mempermudahkan kita untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepada-Nya. Amin.
Sama-sama juga kita berdoa agar kita berjaya menghadapi musuh no 1 diri kita yang bebas tidak terbelengu seperti musuh no 2 kita. Yang mana musuh no 1 ini sebenarnya lagi susah untuk dihadapi. Semoga kita berjaya sepanjang bulan Ramadhan ini dan seterus-terusnya...

17 Ogos 2009

Tahniah!

17 Ogos 2009 0

Tahniah diucapkan kepada Kontijen Wajadiri UiTM Shah Alam di atas kemenangan dalam Pertandingan Wajadiri Kebangsaan Peringkat IPT & Sekolah yang berlangsung pada 15 Ogos 2008 di Biro Wanita, Kuching, Sarawak.

Pasukan UiTM Shah Alam yang pergi tanpa sebarang peruntukan dari HEP berjaya membuktikan semangat kental, usaha serta doa dan berkat Guru mengatasi segalanya dengan merangkul Johan Keseluruhan IPT Lelaki yang tidak pernah kita menangi sejak SCH ITM ditukar ke SCH UiTM. Walaupun kita tidak menang Johan Keseluruhan kategori IPT Wanita, kita masih berjaya mendapat 5 pingat dari 7 kategori yang dipertandingkan. Lagipun kita baru sahaja memenanginya tahun lepas di Skudai, tahun ini rezeki saudara kita dari Shah Alam pula.

13 Ogos 2009

Selamat Maju Jaya

13 Ogos 2009 0
Tinggal berapa jam sahaja lagi sebelum Karnival Wajadiri Sarawak 2009 datang menyapa kita. Diharapkan semua pihak yang terlibat telah bersiap sedia menghadapi karnival yang julung-julung kalinya diadakan di Bumi Kenyalang ini..

Kepada Peserta dari UiTM S.Alam, lakukanlah yang terbaik, seiring dengan latihan yang diadakan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan ini. Semoga semangat anda terus membara bukan setakat Karnival Wajadiri ini, malah sampai bila-bila, insya Allah..Selamat Maju Jaya diucapkan, penyertaan anda telah menjadikan satu kemenangan milik kita. Jika ada kategori yang akan dimenangi kelak, itu merupakan bonus buat anda.

Semoga Karnival Wajadiri Sarawak 2009 akan menjadi salah satu dari memori indah buat kita semua, amin. Jumpa di Kuching!

20 Julai 2009

Gambar-Gambar Sekitar Demo KarmaRasa dan Jelajah Cergas

20 Julai 2009 0
19 Julai 2009
Extreme Park, Seksyen 13, S.Alam
Program Jelajah Cergas anjuran Jab. Belia & Sukan S'gor
Smile


Part ramai yang tak pass2 dari dulu : ikat tengkolok.

15 Julai 2009
Dataran Cendekia, UiTM
Program Karma Rasa anjuran Pusat Kebudayaan HEP UiTM

Bukan baca doa qunut


Bakal Pemenang Pesilat Terbaik Wajadiri 2009

Alumni dan Tenaga Pengajar turut datang membantu, memberi sokongan.

Booth Silat Cekak Hanafi. Ade awek cun duk atas meja.

Team Demo UiTM 2009 merangkap Team Wajadiri 2009

*Gambar dicopet dari facebook Kudap, Mai dan Azie. Kalau tak bagi letak bagitau,kita delete.huhu.

18 Julai 2009

Demo Jemputan Jabatan Belia dan Sukan Sempena "Malaysia Cergas"

18 Julai 2009 0
Assalamu Alaikum.

Esok, 19 Julai 2009, satu persembahan demo oleh skuad demo UiTM S.Alam disertai oleh Alumni akan diadakan sempena program Malaysia Cergas, anjuran Jabatan Belia dan Sukan bertempat di Extreme Park, Seksyen 13, Shah Alam sekitar jam 11.00 pagi.

Jemputan demo ini adalah mewakili PSSCUHM dan akan turut disertai oleh beberapa seni beladiri yang lain.

Bersama-sama kita hadir memberikan sokongan.

15 Julai 2009

Demo Malam KarmaRasa

15 Julai 2009 0

Untuk Makluman, malam ini (15 Julai 2009) jam 8.30 malam bertempat di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam, Demo Silat Cekak Hanafi akan diadakan. Tuan-tuan yang berkelapangan dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada Team Demo UiTM. Terima kasih.

10 Julai 2009

Takziah Kepada Abang Hakim

10 Julai 2009 0
Salam.

Bonda kepada Saudara Abdil Hakim Ahmadun (YDP Johor) telah kembali ke rahmatullah pada petang kelmarin di Hospital HUKM. Jenazah beliau telah dikebumikan di Kuantan, semalam. Salam takziah kepada Saudara Abdil Hakim sekeluarga dan semoga roh bonda beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Al Fatihah..

* dipetik dan diubahsuai dari FaceBook Encik Mohd Azhar bin Mohd Ali, Naib Presiden PSSCUHM.

** Untuk makluman, Abang Hakim YDP Johor adalah salah seorang Alumni UiTM sekitar tengah 80-an dan awal 90-an.

06 Julai 2009

Tahniah Kepada Saudara Shafiq

06 Julai 2009 1

Ana ingin memaklumkan kepada rakan-rakan semua, bahawa rakan kita saudara shafiq telah selamat bertunang dengan wanita pilihannya..... pada 4 julai 2009,
TAHNIAH SYAFIQ, TAHNIAH............!

Siapakah wanita yang bertuah tersebut? dan bilakah akan berlangsungnya majlis pernikahan.... hmmmmmmmmm minta maaflah, nak tahu kenalah bertanya kepada empunya diri..... dan kepada wanita-wanita yang masih solo...... minta maaflah sekali lagi..... saudara Shafiq telah ditempah....... hehe.. :)
Ana mewakili rakan-rakan semua mendoakan semoga saudara shafiq akan diijabkabulkan dan dirahmati dengan wanita tersebut.... amin yarobbal aalamin...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

01 Julai 2009

Ruangan Persoalan

01 Julai 2009 0

Anda mempunyai sebarang persoalan? Kita sediakan ruangan persoalan untuk anda mengajukan persoalan berkaitan blog suaraacum, pergerakan acum dan yang berkaitan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan-soalan anda. Semoga ruangan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Terima kasih.

26 Jun 2009

Tahniah kepada Firdaus Md Radzi

26 Jun 2009 1

Tahniah diucapkan kepada Anakanda Sulung YM Tuan Guru, Tuan Firdaus kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya, di dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.


Beliau akan mendaftarkan diri di Kolej Alamanda pada 27 Jun 2009 (esok).


Kepada semua alumni-alumni UiTM dan bakal-bakal graduat UiTM, jika berkelapangan, tuan-tuan diharap dapat hadir bersama sesi pendaftaran esok sebagai menunjukkan tanda sokongan dan galakan kepada beliau.


Semoga dengan kehadiran beliau ke UiTM akan memberikan dorongan dan semangat kepada rakan-rakan lain. Selamat menyertai keluarga UiTM!!

23 Jun 2009

Majlis Mengenang Jasa Ibu Bapa dan Guru

23 Jun 2009 0
Kepada semua ahli SCH yang sebenar, dijemput tuan-tuan ke Majlis Mengenang Jasa Ibu Bapa dan Guru pada minggu ini. Butiran seperti berikut : -

Tarikh : 25/06/09 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Pakaian : Baju Melayu Lengkap / Baju Kurung
Bayaran : RM10.00
Tempat : Rumah Persatuan Taman Melawati
No 132, Jalan H15, Taman Melawati
Kuala Lumpur, Malaysia

Semua ahli dijemput hadir.

Peta lokasi adalah seperti berikut:



View Larger Map

16 Jun 2009

Bahang Wajadiri 2009 Kian Terasa dan Sedikit Perbandingan

16 Jun 2009 2
Semalam saya terima mesej yang berbunyi begini:

"Assalamu Alaikum kepada Penyelia/wakil kelas dan individu yang dihormati. Suka saya ingatkan tarikh akhir pembayaran penginapan (dalam group bagi IPT dan Sekolah) ke Wajadiri ialah 30 Jun 2009.

Pecahan pembayaran seperti berikut:

  1. Individu = RM 150

  2. IPT = RM 100

  3. Sekolah = RM 70

Pembayaran tersebut boleh terus kepada saya atau online kepada saya Bank Akaun CIMB

**** **** **** 3520 - ARIFABILLAH IDRIS

Mohon kerjasama tuan-tuan untuk memudahkan pengurusan bagi pihak pengurusan di Sarawak. Harap Maklum. Terima Kasih. Sebarkan.

-------------------------------------------------------------------------------------


Untuk maklumat mengenai tempat, tentatif program dan yang berkaitan dengan Wajadiri 2009 Sarawak, sila layari http://wajadiri2009.blogspot.com/ atau di link di sidebar.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Tiket penerbangan pada 14 - 16 Ogos 2009 masih boleh ditempah sama ada melalui Penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) atau Air Asia.

Sekadar ingin berkongsi;

Semalam (16 Jun 2009) saya bercadang untuk membuat tempahan ke Kuching, maka saya pun melayari laman web Malaysia Airlines dan dalam masa yang sama laman web Air Asia.

Maka saya pun memilih penerbangan pergi ke Kuching dari KL pada 14 Ogos dan pulang ke KL dari Kuching pada 16 Ogos.



Perjalanan KL-Kuching (MAS)


Perjalanan Kuching-KL (MAS)
Jumlah pembayaran termasuk cukai, beg, makan = RM 309

Jumlah pembayaran tadi campur *insuran (*optional sebanyak RM 20) = RM329


Perjalanan KL-Kuching (AirAsia)


Perjalanan Kuching-KL (AirAsia)


Jumlah pembayaran tidak termasuk cukai, beg, makan = RM 229


Jumlah pembayaran tadi campur beg, *makan, **insuran, ***tempat duduk dan cukai = RM280 (*makan adalah optional, pelbagai menu. **insuran adalah optional sebanyak RM 15. ***tempat duduk adalah optional, RM 5 bagi seat biasa, RM25 bagi hotseat)

Semakan ini saya lakukan semalam (16 Jun) dan apabila disemak semula hari ini (17 Jun), AirAsia telah menghapuskan kadar Economy Promo dan saya percaya harganya akan terus makin mahal dari sehari ke sehari.
Begitu juga dengan MAS yang saya percaya akan menghapuskan kadar MHLow kelak.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini, segerakanlah tempahan tiket. Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit Visa atau Mastercard, juga melalui perbankan internet terkemuka seperti Maybank2u atau CIMB Clicks dll.
Pilihlah penerbangan yang sesuai dengan masa dan kehendak anda. Pada pandangan saya, seelok-eloknya kita perlulah sampai sekitar waktu petang memandangkan di sebelah malam 14 Ogos akan diadakan Tahlil Almarhum Ustaz Hanafi. Bagi perjalanan balik, waktu tengah hari mungkin sesuai.
Soal harga, anda bebas untuk menilai di antara kedua-dua penerbangan dan pada pandangan saya, saya lebih suka untuk memilih MAS kerana masa yang saya inginkan dan beza harga yang tidak begitu ketara. Tepuk dada, tanyalah mata nak tengok air hostess pakai baju merah atau batik kebaya, atau nak terbang dari KLIA atau LCCT. Ke KLIA nak jimat naik bas RM 10 sehala, nak cepat sikit naik KLIA Express (28 minit dari KL Sentral,kekerapan 15 minit) RM 35 sehala. Ke LCCT jimat naik bas RM 8 sehala, keretapi takde rasenye. Jangan naik teksi sebab mencecah RM 70-80..
Jadilah Pengguna Bijak, semoga kita sama-sama menyokong aktiviti Persatuan.

Peranan Ulama Dalam Silat



Peranan Ulama Dalam Silat

Koleksi Artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Barangkali perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.

Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Silat Al-Mu’azat.

Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.

Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan ‘senjata’ qalam untuk mengajar umat Melayu dan senjata pedang untuk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.

Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah untuk mempertahankan Islam dan tanah air.

Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah;
  • Silat menggunakan qalam/pena
  • Silat kalam/lidah
  • Silat menggunakan siasah/politik dan lain-lain termasuklah
  • Silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cabang seni atau budaya.

Pelajaran Silat dalam Kerajaan Puntianak

Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip “Syair Kerajaan Puntianak”. Kerajaan Puntianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.

Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.

Syair Kerajaan Puntianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Puntianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Puntianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:

Setelah sudah berperi-peri,
Baginda berangkat lalu berdiri,
Panggilkan Mat Riayat suruh ke mari,
Serta dengan Wan Bakari.

Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
Kepada baginda tunduk menyembah,
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.

Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita,
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
Diajarkan silat bermain senjata.

Tuan ajarkan padan-padan,
Boleh dilihat usulnya badan,
Bagaimana di dalam contoh teladan,
Yang mana patut main di medan.

* Tulisan Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam

Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.

Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggung jawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.

Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.

Transliterasi selengkapnya ialah:

“Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.

Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah satu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.

“Maka jika datang ia ke negeri Islam, maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang..” (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm.95)

Ulasan dan pandangan, daripada kalimat “Maka jika datang ia kepada negeri Islam..” dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani dengan peristiwa Amerika, menjajah Afghanistan dan Iraq.

Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas dari dijajah bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.

Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa “jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang..” berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu adalah bukan beragama Islam.

Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragam Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu.

Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua glongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).

Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.

Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun sedemikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.

Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau “ Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia..”

Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya “dan ditaruhkan senjatanya” maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.

Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya “dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu”. Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan “ilmu silat” kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.

Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan ‘kekuatan dalaman’ atau ‘mental’ atau ‘rohani’. Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.

Wirid Pertahanan Diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani

Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa’id an-Nafi’ah fil Jihad fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani iaitu “Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Fi Sabilillah”, beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian iaitu:

  • Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi “Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Fi Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
  • Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
  • Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
  • Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Orang Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka itu.

Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Malaysia Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu “ Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala kejahatan dari seteru..” Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.

Mat Kilau adalah seorang pahlawan agung yang menentang penjajahan Inggeris



Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada Bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H / 2003 M hlm. 96-98)

Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Samad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan Sheikh Abdus Samad al-Falimbani tersebut ada hubung kait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan iaitu:

  • Belajar secara fizik di gelanggang
  • Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya
  • Menggabungkan pelajaran fizik dengan wirid

Kesimpulan dan Penutup

Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:

Seni dan budaya dalam persilatan diajarkan dalam dua bentuk iaitu gerak fizik dan kerohanian.
Ilmu persilatan yang menggunakan wirid,hizib, doa dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.


Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi Sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
Ulama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.

Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya.

** Dipetik dari ruangan Ulama Nusantara, kolum Agama, sisipan Mega, akhbar Utusan Malaysia, Isnin 15 Jun 2009 hlm. 12-13.

09 Jun 2009

Selamat Kembali

09 Jun 2009 2
Kira-kira jam 3.05 petang tadi (9 Jun), rombongan umrah YM Tuan Guru Haji Md Radzi bin Haji Hanafi telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Dubai. Penerbangan adalah transit 12 jam di Dubai, UAE dari Jeddah, Arab Saudi menaiki Emirates.

YM Tuan Guru yang pergi berseorangan tanpa ditemani keluarga pada umrah kali ini tiba di Balai Ketibaan kira-kira jam 5 petang diikuti oleh peserta umrah lain yang terdiri dari kalangan ahli dan keluarga.

Antara peserta rombongan umrah kali ke-5 bersama YM adalah:

1) Tuan Haji Yusaini Sidek (Abg Frankie) dan keluarga
2) Saudari Nur Syahirah bt Sapie - B/hari ACUM
3) Saudara Khairul Ariffin bin Rezo - Ahli ACUM
4) Saudara Nor Hilmi Husni - YDP SCH UiTM
5) Saudara Mohd Shahdan Idrus - Tenaga Pengajar SCH UiTM

Selamat kembali diucapkan kepada semua peserta dan diharapkan tuan-tuan dapat berkongsi pengalaman mengerjakan umrah kepada rakan2 lain sebagai pembakar semangat untuk sama-sama turut serta menyertai rombongan umrah YM Tuan Guru di masa hadapan..

*mohon maaf jika terdapat kesilapan pada ejaan nama.

Tahniah Sahran!

Untuk makluman, Encik Sahran Ayop (Mantan Presiden 2001 & NYDP 2003) telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 6 Jun lepas kira2 jam 9.00 pagi di Kuantan, Pahang. Walimatul Urus pihak lelaki menurut beliau akan diadakan kemungkinan besar selepas Aidilfitri ini. Sabar ya tuan2, bila kita dapat kad je nanti, kita serang dan huru-harakan Semerah Darat.Huhu.

Tahniah kepada Sahran Ayop, dan kita doakan semoga perkahwinan beliau akan berbahagia ke akhir hayat.

08 Jun 2009

Laporan Kenduri Mas dan Wadi

08 Jun 2009 1
Ahad lepas, 7 Jun, kami 20 orang telah bergerak ke Segamat, Johor untuk menghadiri dan memeriahkan lagi kenduri kawin Puan Azriyani Md Yusoff di Taman Seri Waja, Kg. Jawa. Kami bertolak lebih kurang jam 11 pagi dari RP Seksyen 4 sebelum singgah di destinasi2 berikut:

1) Restoran Khalifah Sek. 3 - Isi Perut
2) Shell Batu Tiga - Isi Minyak
3) RnR Seremban - Buang Air
4) Shell Sagil (Kg.ku.huhu.)- Buang Air Lagik

Perjalanan keseluruhannya memakan masa hampir 3 jam untuk tiba di rumah pengantin (tak termasuk sebuah kereta peserta yang tersilap pilih jalan). Setibanya di Segamat pada lebih kurang pukul 2 p.m., kami terus menyerbu khemah makanan untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak dari tadi walaupun tanpa dijemput oleh sesiapa.Apatah lagi setelah melihat Encik Kemek yang tiba lebih awal telah pun memulakan santapan,membuatkan kami bertambah-tambah berselera. Juadah yang keluarga Puan Azriyani sediakan tersangatlah sedap (Ada lauk kambing!).

Ngam2 kami selesai makan, pengantin pun sampai. Encik Hazawardi kelihatan segak dengan baju Melayu berwarna merah jambu lengkap bersamping serta keris dan bercapal biru putih CH. Biasalah kalau kahwin dengan wanita Johor, adat di 'Pow' sebelum dapat berjumpa pengantin perempuan tu perkara biasa. Puan Azriyani pula kelihatan tenang menanti di pelamin walaupun sesekali nampak gubra sikit.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bersanding dan tepung tawar oleh keluarga dari kedua-dua belah mempelai. Sungguh secocok pengantin disandingkan bak pinang di belah dua puluh satu. Kemudian acara Makan Beradab diteruskan sebelum pengantin kemudiannya beramah-ramah mesra dengan para tetamu yang hadir termasuklah kami.

Sesi bergambar kemudian mengambil tempat, malangnya gambar2 berkenaan masih belum dikirimkan kepada saya.Kita akan update posting ini bila gambar2 telah diterima dari Encik Rob atau Encik Idqham. Op, terlupa pulak. Majlis turut diserikan dengan dendangan lagu dari Encik Razlan bertajuk Penghujung Rindu dan Kekasih Awal dan Akhir.

Satu2nya gambar dalam simpanan saya

Kami bertolak pulang kira2 jam 4.15 petang dan tiba di Shah Alam kira2 pukul 9.15 malam, satu perjalanan yang agak lama akibat kesesakan lebuhraya PLUS. Walau apapun, setinggi-tinggi tahniah kita ucapkan kepada pasangan Hazawardi dan Azriyani, semoga berbahagia ke akhir hayat!


05 Jun 2009

Walimatul Urus Kak Atie Ali

05 Jun 2009 0
Ingat lagi dengan Rosemawati Ali a.k.a Kak Atie Ali iaitu S/u SCH UiTM S.A sessi 2003?

Beliau menjemput kawan2 yang berkesempatan ke Majlis Perkahwinan beliau di Pahang esok 6 Jun 2009. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi beliau di talian 0175073627.





*Sumber dari schuitmsainduk@yahoogroups

Abu Selamat Diijabkabulkan

Alhamdu lillah, Shahril Anuar Zainuddin a.k.a Abu telahpun selamat dinikahkan dengan pasangannya jam 2.40 p.m tadi sebaik selesai solat Jumaat. Tahniah diucapkan kepada Abu kerana telah bergelar suami dan ketua keluarga. Kita doakan semoga Cik Abu kita berbahagia dan sukses dalam menempuh alam rumah tangga.

Berita selanjutnya menyusul.

04 Jun 2009

Walimatul Urus Mas & Wadi

04 Jun 2009 1
Untuk makluman, bukan seorang, tapi dua orang sekaligus kawan kita akan berkahwin pada 7 Jun ini. Lihat gambar berkenaan untuk maklumat lanjut:




Nampak tak? Siape lagi kalau bukan Mas dengan Wadi yang bakal mengakhiri zaman bujang mereka hujung minggu ini (6-7 Jun). Kepada yang nak pergi, yok kita konvoi gi segamat, tmn sri jawa eh tmn sri waja 7 Jun ini. Sila kumpul di RP Seksyen 4 pagi 7 Jun jam 8 pagi. Kos perjalanan akan ditong-tong bersama.

Kenduri Kahwin Wan Mohd Shahrif (23.5) dan Khairool Izwan (24.5)

23 May lepas, aku, Lan, Jas, Peyuz dan Firdaus selaku Pemilik dan Pemandu kereta telah menghadiri kenduri kahwin member jauh kita, Wan Mohd Shahrif a.k.a Sarip di Felda Keratong 9 (Sebelah Isteri beliau). Sarip yang meninggalkan bumi Shah Alam sejak 2006 untuk berbakti di Negeri Penyu kelihatan begitu segak dalam pakaian ala-ala panglima berwarna Coklat Emas. Tahniah diucapkan kepada Sarip. Semoga berbahagia hingga ke syurga.



Maaf kepada Sarip kerana tak dapat nak datang di sebelah beliau (30 May). Gambar2 kenduri 23 May lain ada pada Peyuz.Tolong bagi untuk diupload di sini. Yang pasti masakan daging kenduri kawin Sarip tu memang sedap. Daging kerbau ke?



--------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya pulak, 24 May, seorang lagi rakan kita iaitu Khairool Izwan Jamil a.k.a K-rool Besar melangsungkan majlis perkahwinan beliau di Taman Samudera, Batu Caves. K-rool yang kadang-kadang agak jauh sebab selalu belayar kelihatan sangat segak dalam persalinan pendekar berwarna Hijau Pucuk Pisang. Kenduri beliau turut dihadiri YM Tuan Guru dan saudara Jimi.





Turut kelihatan di majlis berkenaan selain Lan, Jas, Peyus, Kudap, Bai (kitorang gerak sekali) adalah Cik Syida bersama rakannya (istimewa?), Incik Idqham dan Isteri, Abg Roslan Manap dan keluarga dan...(sape lagi eh?)

Tahniah diucapkan kepada K-rool Besar dan Isteri, Semoga berbahagia sampai syurga..Macam biasa, gambar kenang-kenangan lain ada pada simpanan Ir. Peyuz selaku Jurufoto sukarela.

03 Jun 2009

Anda Dijemput Sebagai Penyumbang!

03 Jun 2009 10
Bagi merancakkan lagi penulisan di Suara ACUM ini, tuan-tuan adalah dijemput untuk menyumbangkan apa-apa bentuk artikel sama ada berita terkini, ilmu, aktiviti-aktiviti,gambar-gambar dan juga video.

Bagi menjayakan hasrat ini, tuan-tuan adalah diharapkan untuk mengirimkan kepada saya alamat e-mail tuan-tuan kepada saya di shafiqazwan21@yahoo.com. Satu e-mail validasi akan dihantar kepada tuan-tuan bagi tujuan pengesahan. Marilah kita bersama-sama rancakkan aktiviti di ruangan siber ini demi kemajuan pergerakan.

Hidup Cekak Hanafi!

02 Jun 2009

Selamat Datang

02 Jun 2009 1
Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Suara ACUM.Ini merupakan entry post pertama dan dialu-alukan tuan-tuan untuk berkongsi maklumat dan pandangan malah apa saja untuk tatapan bersama..
 
Suara ACUM. Rekabentuk Oleh Suara ACUM Mod