22 Ogos 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

22 Ogos 2009 0

Ramadhan - Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sekali kagi dipertemukan dengan bulan mulia, Al- Mubaraq. Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini memberikan erti buat kita semua.
Dalam Ramadhan ini juga terdapat malam penuh kerahmatan, malam 1000 bulan yang kita tidak tahu bila. Tetapi menurut para ustaz di radio mahupun di t.v, jika kita sapu semua malam sepanjang Ramadhan atau 10 malam terakhir, pasti akan terkena malam tersebut. Persoalannya, mampukah kita? Semoga Dia mempermudahkan kita untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepada-Nya. Amin.
Sama-sama juga kita berdoa agar kita berjaya menghadapi musuh no 1 diri kita yang bebas tidak terbelengu seperti musuh no 2 kita. Yang mana musuh no 1 ini sebenarnya lagi susah untuk dihadapi. Semoga kita berjaya sepanjang bulan Ramadhan ini dan seterus-terusnya...

17 Ogos 2009

Tahniah!

17 Ogos 2009 0

Tahniah diucapkan kepada Kontijen Wajadiri UiTM Shah Alam di atas kemenangan dalam Pertandingan Wajadiri Kebangsaan Peringkat IPT & Sekolah yang berlangsung pada 15 Ogos 2008 di Biro Wanita, Kuching, Sarawak.

Pasukan UiTM Shah Alam yang pergi tanpa sebarang peruntukan dari HEP berjaya membuktikan semangat kental, usaha serta doa dan berkat Guru mengatasi segalanya dengan merangkul Johan Keseluruhan IPT Lelaki yang tidak pernah kita menangi sejak SCH ITM ditukar ke SCH UiTM. Walaupun kita tidak menang Johan Keseluruhan kategori IPT Wanita, kita masih berjaya mendapat 5 pingat dari 7 kategori yang dipertandingkan. Lagipun kita baru sahaja memenanginya tahun lepas di Skudai, tahun ini rezeki saudara kita dari Shah Alam pula.

13 Ogos 2009

Selamat Maju Jaya

13 Ogos 2009 0
Tinggal berapa jam sahaja lagi sebelum Karnival Wajadiri Sarawak 2009 datang menyapa kita. Diharapkan semua pihak yang terlibat telah bersiap sedia menghadapi karnival yang julung-julung kalinya diadakan di Bumi Kenyalang ini..

Kepada Peserta dari UiTM S.Alam, lakukanlah yang terbaik, seiring dengan latihan yang diadakan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan ini. Semoga semangat anda terus membara bukan setakat Karnival Wajadiri ini, malah sampai bila-bila, insya Allah..Selamat Maju Jaya diucapkan, penyertaan anda telah menjadikan satu kemenangan milik kita. Jika ada kategori yang akan dimenangi kelak, itu merupakan bonus buat anda.

Semoga Karnival Wajadiri Sarawak 2009 akan menjadi salah satu dari memori indah buat kita semua, amin. Jumpa di Kuching!
 
Suara ACUM. Rekabentuk Oleh Suara ACUM Mod